Ekspedisi Kelulut Pos Yum, Perak

Ingin Merasai Pengalaman Berada Di Perkampungan Orang Asli dan Mempelajari Teknik Penternakan Kelulut Terkini?

Buat julung kalinya Persatuan Pengusaha & Penternak Meliponikultur Perak (3PMP) akan mengadakan:

XPDC Kelulut POS YUM, Sungai Siput, Perak

Jom sertai program ilmu secara santai di perkampungan orang asli suku temiar di Perak bersama Prof. Madya Shamsul Bahri Abdul Razak (Pakar & Pengkaji Kelulut UMT)

* Program santai dan pemetaan kelulut di kawasan pos yum bersama pencinta kelulut dari seluruh Malaysia.

Kenapa Anda Perlu Sertai Ekspedisi ini?

# Back To Nature! Pos Yum merupakan perkampungan orang asli yang kaya dengan kecantikan alam semulajadi. Kita akan berkampung 3 Hari di tebing air terjun yang sangat sejuk dan jernih airnya. Syok woo...


# Kami bawakan pakar kelulut negara dan 2 orang pelajar UMT daripada Brazil yang akan berkongsi teknik penternakan kelulut di Brazil. Ilmu dari luar negara ni. Rugi tak belajar.

# Perkongsian Teknik Pecahan Koloni yang diamalkan 3PMP. Kadar kejayaan setakat ini hampir 80%. Anda tak perlu beli sarang kelulut lagi, pecah koloni je. Tapi ada syarat2nya, ini kena datang belajar.

# Kerjasama dengan 3 Jabatan Kerajaan iaitu Jabatan Pertanian Perak, JAKOA Negeri Perak dan Jabatan Hutan Negeri Perak. Tak dilupakan Universiti Malaysia Terengganu yang akan membuat pemetaan dan perkongsian mengenai spesis kelulut-Indo Malaya.

# Bertemu dan bersantai dengan pakar-pakar kelulut dari seluruh Malaysia. Ini pengalaman tak terhingga!

Berikut adalah cadangan tentatif program ekspedisi ini.

Tentatif Program:


Jumaat - 19 Julai 2019

5.00 ptg - Pendaftaran
8.00 mlm - makan malam
Santai malam

Sabtu - 20 Julai 2019

7.00am - sarapan pagi
8.00am - xpdc dan pemetaan spesis kelulut di pos yum
11.00 am - Perkongsian Kaedah Pemecahan Koloni oleh 3PMP
12.00 pm - Perkongsian Hasil XPDC dan Kaedah Penternakan Kelulut Brazil
4.00 pm - Minum Petang
5.00 pm - Pertandingan Menyumpit
8.00 pm - BBQ & Sembang Kelulut

Ahad - 21/7/2019

8.00am - sarapan pagi
10.00 am - Perasmian Penutup oleh Pengarah Jabatan Pertanian Perak
12.00 pm - makan tengahari/ bersurai


Nota: Peserta diminta untuk membawa pakaian untuk  trekking, keperluan diri, toto  dan selimut kerana keadaan agak sejuk pada waktu malam. Chalet di Pos Yum diperbuat daripada rotan dan buluh. Ini RARE!!!

Jalan untuk ke Pos Yum boleh lalui dengan kenderaan biasa kerana jalan bertar. 

Takde Internet? Jangan risau sebab semasa tinjauan dibuat talian 4G sangat laju di Pos Yum. Orang Asli pun canggih sekarang ni tau! Jadi anda tidak terputus hubungan dengan dunia luar disini.


Tarikh utup penyertaan pada:

 4hb Julai 2019 atau kuota dipenuhi. 

Penyertaan dihadkan kepada 50 orang sahaja! Ramai tak muat chalet nanti.

HARGA?

3 Hari 2 Malam (3D2N) hanya RM170 untuk mereka yang daftar awal! Murah ni wei! Ia termasuk penginapan dan juga makan.

Tapi Tawaran ini terhad sehingga

 25hb Jun 2019 Sahaja!

Selepas itu, harga penyertaan adalah RM200. Jadi daftar awal, jimat duit. Kami pun senang untuk bersedia menyambut anda di Pos Yum. Daftar sekarang!


Daftar segera!

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi: 0135078756 (Radzi) atau klik>> http://www.wassap.my/60135078756/xpdckelulut


Eh Tunggu apa lagi tu? Daftar sekarang! Nak bank in boleh, nak bayar online pun boleh. Ada masalah nak isi borang? Call/Whatapp je nombor diatas.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Ekspedisi Kelulut Pos YUM
35
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel ebookmediapublishing@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaFuture Business Network
No. Akaun558097056238
Buka Maybank2u