Joint Venture Ternakan Kelulut

JV TERNAKAN KELULUT

 

Nama saya Mohd Shamsuriyadi merupakan seorang penulis dan juga blogger. Ternakan kelulut saya mulakan secara ''suka-suka" sejak tahun 2015 setelah anak kedua saya dimasukkan 7 hari ke hospital selepas minum madu yang dikeluarkan oleh satu brand terkenal di kuala kangsar. Malah ia turut dijual secara meluas di farmasi-farmasi  seluruh Negara.

Mereka beroperasi dengan bertopengkan kononnya untuk membantu membiayai sekolah tahfiz yang dibangunkan disitu. Sampai hati mereka jual madu cap tengkorak semata mata kerana duit. Don’t judge the book from its cover kata orang putih. Ia memberi pengajaran kepada saya untuk tidak mempercayai sepenuhnya walaupun mendakwa seorang ustaz.

Setelah mendapat tahu ianya adalah MADU TIRUAN, saya nekad beli sarang  dan bela sendiri kelulut dan lebah madu. Jadi sah-sah hasilan madu adalah original. Dengan bermula dengan 2 sarang, saya tambah sedikit demi sedikit. Kini hasilan setiap bulan kini mencecah sekurang-kurangnya 5-6kg setiap bulan.

Insyallah hasil akan meningkat lagi setelah sampai sarang-sarang baru nanti.

SAYA TIDAK MAHU SAHABAT SAYA TERKENA SEPERTI SAYA!!

Ya. Terbeli dan minum madu tiruan menyebabkan anak dimasukkan ke hospital kerana alergik. Bila teringat benda ni, kadang membuatkan saya jadi marah. Nak buat laporan, susah nak dibuktikan. Sebab hanya selepas makan madu, timbul merah-merah kat badan. Pada awalnya ingatkan denggi, tapi tak demam.

Dibawa hospital, macam-macam test dibuat. 6 hari ditahan di wad hospital Kuala Kangsar, kemudian dibawa dengan ambulan ke hospital Ipoh untuk rujukan dengan pakar kulit. Sehari di hospital ipoh sebelum dibenarkan keluar dari wad.

Sebelum ni, memang anak tak alergik apa apa. Bagilah udang, sotong, lembu, kambing memang tak alergik. Kemudian kami teringat tentang madu kelulut yang dibeli. Memang diorang suka madu. Si kakak takde apa-apa. Yang adik tiba-tiba ada alergik.

Alhamdulillah, anak kini dah okay tapi saya tetap geram dengan geng penjual madu tipu ni.  Pasaran madu di negara ini sudah terlalu lama terjebak dengan madu tipu atau tiruan ini. Sebab tiada undang-undang yang khusus bagi menangani masalah ini.

Jadi saya dan rakan-rakan penternak menubuhkan persatuan peternak kelulut negeri perak untuk memudahkan perjuangan menentang penipu yang menjual madu tipu.

Apabila kerajaan menerusi Jabatan Pertanian menerusi MARDI merancang untuk membangunkan standard madu kelulut, kami sangat mengalu-alukanya dan menganjurkan program pengumpulan sampel madu untuk pembangunan standard madu kelulut. Akhirnya pada 2017, standard madu kelulut dilancarkan.

Semoga dimasa akan datang, ia akan memudahkan pihak berkuasa membanteras pengeluar madu tiruan daripada pasaran di Negara kita.


SAYA MERANCANG UNTUK MEMBESARKAN LAGI PROJEK TERNAKAN KELULUT INI DAN MENGAJAK SAHABAT-SAHABAT UNTUK JOIN VENTURE DALAM PROJEK INI.


Saya tidak dapat memberikan pulangan dalam bentuk wang ringgit. Namun, saya dapat berikan dalam bentuk Madu Kelulut setiap bulan. Jadi anda akan dapat MADU setiap bulan hasil daripada ternakan ini.

Saya perlukan hanya 10 orang dengan sumbangan sebanyak RM1000 sekali sahaja.

Duit ini, saya akan belikan sarang kelulut untuk anda dan menjaganya selama 1 tahun. Dalam tempoh setahun ini, anda akan menerima sebotol madu 280g bernilai RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Selepas itu, saya akan serahkan sarang berkenaan kepada anda untuk ternak sendiri di kawasan rumah anda. 

Konsep seperti pawah. Biasanya kelulut perlukan masa 3-4 bulan untuk stabil setelah dipasang kotak toping. Jadi jika beri terlalu awal untuk mereka yang tiada pengalaman menternak kelulut, saya risau kelulut berkenaan akan mati. Jadi saya bela dulu untuk anda, setelah ia menjadi koloni yang kuat barulah diserahkan kepada anda.

Jika anda nak batalkan kontrak pawah ini, sekurang-kurangnya 6 bulan. Anda boleh ambil sarang dan bela sendiri. Jika sarang anda dalam jagaan, saya anda akan menerima bekalan madu setiap bulan selama 1 tahun. Selepas setahun, saya akan hubungi anda untuk serahkan sarang kelulut anda.

Nilai sarang kelulut yang sudah stabil sekurang-kurangnya RM1000 pada masa sekarang. Jadi anda tidak rugi apa-apa.

Kontrak pawah ini bermula pada tarikh anda membuat pembayaran sumbangan RM1000 berkenaan dan akan tamat setahun kemudian. Saya akan cari dan beli sarang kelulut anda sebaik setelah menerima pembayaran daripada anda.

Kesimpulannya dengan RM1000. Anda akan menerima

          1. Madu 280g selama 1 tahun bernilai RM1200      

          2. Sarang kelulut anda yang bernilai RM1000 (sekurang-kurangnya)

Saya hanya tawarkan kepada 10 orang sahaja untuk tapak ternakan sekarang. Jika berminat, anda boleh buat bayaran dan isikan maklumat dibawah. TERHAD 10 orang sahaja.

Ia adalah untuk memudahkan saya pos madu dan update perkembangan projek ini.


Progress terkini:

1. Penyediaan tapak dan juga pancang anti semut telah disediakan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pawah Sarang Kelulut
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

Butiran Pembayaran


PENGESAHAN